kerjaya kelab CR7

Sporting Lisbon FC


Semasa berumur 16 tahun, Ronaldo telah dinaik taraf kepada pemain untuk pasukan utama oleh pengurus pasukan utama Laszlo Boloni, yang tertarik dengan aksi lincahnya. Beliau merupakan pemain pertama kelab yang bermain untuk kesemua pasukan belia termasuklah pasukan bawah-16 tahun, bawah-17 tahun dan bawah 18-tahun serta pasukan senior termasuklah pasukan B dan pasukan utama dalam satu musim.




Manchester United FC


Ronaldo melakukan debut pertama beliau dalam liga domestik Liga Perdana Inggeris dalam perlawanan menentang kelab Bolton Wanderers pada 16 Ogos 2003 apabila beliau dimasukkan pada minit ke-60 menggantikan Nicky Butt, dan menerima tepukan gemuruh daripada para penyokong]. Prestasi yang ditunjukkan beliau dipuji oleh pemain lagenda United George Best, yang menganggap debut Ronaldo sebagai "debut yang paling menarik" pernah disaksikan. Ronaldo menjaringkan gol pertama beliau untuk United dalam perlawanan menentang Portsmouth pada 1 November menerusi sepakan percuma. Gol terakhir yang dijaringkan Ronaldo untuk musim 2003-04 adalah ketika menentang kelab Aston Villa.




No comments:

Post a Comment

It's all about cr7

WITHOUT HIM, I DONT'T KNOW FOOTBALL Cristiano Ronaldo atau nama asalnya Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro merupakan pemain bol...